Thursday, 11 November 2010

Projek Jalanraya Untuk Tahi Lembu?

Kalau dilihat dari kaca mata masyarakat malaysia secara umum,kota belud sudah terkenal sebagai satu daerah yang kaya dengan lembu liar yang berjalan kesana kemari.Apa tidaknya tahi lembu bertempiaran dijalanraya dan seperti tiada tindakan langsung dari pihak berkenaan untuk mengawal keadaan ini.Apakah ini yang digambarkan oleh sebahagian ahli politik sebagai keunikan kota belud?

Baru-baru ini saya telah memantau projek jalan raya Tampasuk-Losou podi yang baru beberapa bulan siap dibina oleh kontrektor yang dipilih oleh kerajaan.Mulai dari kg.Bangkahak hingga ke Losou Podi,sepanjang jalanraya banyak tahi lembu,jalan rosak dan berlobang yang sangat menganggu perjalanan.Sesekali hampir mengalami kemalangan apabila mencuba menekan brek kereta secara mengejut.Beberapa orang yang juga turut melelui jalan ini setiap hari marah dan menyuarakan kekesalan dengan keadaan jalan di sini.Adakah kerajaan menunggu untuk bertindak tatakala berlakunya kemalangan disini..Ada segelintir masyarakat yang melalui jalan ini mendakwa Projek JalanRaya ini Hadiah Untuk Tahi Lembu.

Sepatutnya sesuatu projek yang dilaksanakan mestilah rapi terancang dan tidak mengabaikan penglibatan pelbagai pihak jabatan yang berkaitan.Adakah projek jalanraya ini terancang?atau ini sekadar projek terdesak untuk kepentingan golongan tertentu dengan menggunakan nama pembangunan untuk rakyat?.Kemanakah fungsi dan prestasi jabatan haiwan untuk mengendalikan pengurusan ternakan di daerah ini?,atau adakah pembinaan projek jalanraya ini tidak melibatkan jabatan berkenaan?.

Untuk membaiki keadaan ini,kerajaan perlu membina pagar sepanjang jalanraya dikawasan ini,dan ini bukan saja menguntungkan pengguna jalanraya tapi menghalang orang memasuki kawasan latihan tentera. Sebarang kemungkinan akan berlaku sekiranya tiada tindakan agresif dari kerajaan untuk menyelasaikan masalah ini.

Saturday, 23 October 2010

Pilihanraya Batu Sapi: SAPP Atau PKR?


Rakyat sabah masih mempersoalkan hubungan antara SAPP dan PKR yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pertandingan merebut kerusi perlimen Batu Sapi menentang calon barisan nasional pada 4 November ini.

Kegagalan rundingan bersama pada 21 oktober yang lalu memungkinkan timbulnya pertandingan 3 penjuru antara bn yang diwakili oleh calon PBS,PKR dan SAPP..

Walaubagaimanapun mengikut maklumat yang tidak rasmi,ada kemungkinan PKR dan SAPP akan membuat satu kata sepakat hari ini kerana suara dan harapan dari rakyat sabah keseluruhannya amat kuat mengharapkan barisan nasional tumbang dalam pilihanraya ini.

Ini kerana kedua-dua parti politik ini tidak puas hati dengan dasar-dasar bn selama ini yang tidak mengikut perubahan semasa yang di tuntut oleh rakyat malaysia.

Rakyat sabah mengharapkan hubungan antara SAPP dan PKR akan dapat satu kata kesepakatan secapat mungkin kerana kedua-dua parti ini lebih agresif kepada pembelaan masyarakat sabah.

Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu,yang membolehkan pilihanraya kecil perlimen Batu Sapi diadakan pada awal bulan november ini.

Tuesday, 12 October 2010

Sentuhan Hati oleh Datuk Zaid Ibrahim


Ketika berlangsungnya acara majlis pimpinan PKR pusat bersama rakyat di kota belud,terdapat 5 perkara penting yang telah beliau sentuh sebagai taklimat kepada pemimpin,ahli parti dan rakyat keseluruhanya.


Pertama,

" Orang yang menawarkan diri menjadi pemimpin rakyat mestilah ada sifat dan sikap hormat menghormati antara satu sama lain dalam parti.Mereka yang bertanding dalam jawatan parti mestilah friendly dan menghormati lawan dalam parti.. "

Kedua,

"Kita tidak boleh mengatakan parti kita demokratik sekiranya kita tidak menerima kekalahan kerana rakyat dapat menilai perjuangan pemimpin samada perjuangan mereka berdasarkan kepentingan peribadi atau parti dan rakyat.."

Ketiga,

" Sabah adalah salah satu negeri dimana PKR paling kuat di malaysia.. kepimpinan dan ahli parti jangan sia-siakan perjuangan yang diharapkan oleh rakyat kerana keadilan adalah untuk keadilan rakyat.."

Keempat,

" Saya tahu dan melihat Sabah banyak masalah seperti pembangunan,isu tanah adat,pendatang tanpa izin dan banyak lagi..Kita pihak PKR amat komited memperjuangkan hak ini kepada sabah demi keadilan.."

Kelima,

" Salah satu pesanan penting dari saya kepada pemimpin,ahli-ahli parti dan rakyat,saya mahu melihat perubahan sebenar dan perubahan itu bermula dari rakyat iaitu semangat mahukan perubahan menyeluruh,dinamik dan memiliki keberanian berasaskan perkara tertentu.."

Salam Reformasi " Lawan Tetap Lawan "

Saturday, 18 September 2010

Pemilihan PKR Cabang Kota Belud

Foto-foto sempena berlangsungnya pemilihan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota Belud bertarikh 18hb.September 2010.







Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat sedang berbaris menerima nama-nama calon yang dicadangkan untuk dipilih.







Ahli-ahli yang mengundi sedang berbondong-bondong kerana pengundi terlalu ramai..









Ketua Pengawas Pemilihan sedang membantu seorang warga tua tatacara memili calon.











Pucuk Pimpinan Cabang yang terpilih bergambar dengan pengawas pilihanraya












Johnny Gilong turut mengundi calon















Pengawas sepanjang Pemilihan PKR Cabang Kota Belud














Sebahagian daripada ahli-ahli PKR dalam mesyuarat agong Tahunan PKR Cabang Kota Belud..

Thursday, 16 September 2010

Jangan Biarkan Praduga Negetif Menular dalam PKR

Semua ahli-ahli dalam Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat diingatkan supaya lebih melihat ke depan dengan tidak mengabaikan dasar prihatin kepada rakyat secara umum kerana ia akan memberi kesan negetif dari sudut pandangan rakyat bahawa PKR sama seperti parti-parti lain dalam Barisan Nasional.

Menurut maklumat secara risikan,banyak ahli-ahli parti dalam BN memohon menyertai PKR dan tidak kurang pula ahli baru yang memohon jadi ahli.Justru itu,sempena pemilihan AJK Bahagian,Wanita dan Angkatan Muda PKR P169 Kota Belud,di minta supaya memberi perhatian serius dan bertanggungjawab terhadap parti,ahli serta rakyat keseluruhannya.

" Jangan biarkan permohonan keahlian parti dianggap remeh seperti yang berlaku baru-baru ini yang menyebabkan banyak komen negetif dari pemohon keahlian terhadap PKR di kawasan kota belud yang kemudiannya kurang ahli yang dapat dicadangkan dan mengundi dalam pemilihan pucuk pimpinan parti."

Ahli-ahli dari parti lain yang menyertai Pakatan Rakyat juga diminta supaya belajar menghormati dasar parti dan tidak membawa dasar-dasar parti lama.. "Elakkan politik berkelompok dan politik wang yang boleh melemahkan repotasi Pakatan Rakyat"

Pucuk pimpinan parti yang akan terpilih nanti diharap berkerja bersungguh-sungguh terhadap parti dan sedia menerima serta memahami perubahan yang diinginkan oleh rakyat dari hati ke hati..."Kami mahu perubahan sebenar bukan sekadar menumpang nama perubahan dalam isu Politik".

Tuesday, 31 August 2010

Jalan Kawasan Pelancongan Terbiar



Taman pelancongan Sayap yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pekan kota belud adalah salah satu taman pelancongan yang sungguh menarik dan berpotensi sebagai modal ekonomi sekiranya diusahakan dan dimajukan oleh kerajaan.

Ini kerana ia memiliki ciri-ciri persamaan dengan Taman Kinabalu di kundasang dari segi keadaan cuaca dan tumbuh-tumbuhan yang menarik.Malangnya tempat ini tidak diberi perhatian oleh kerajaan menyababkan ia terbiar dan tidak dilawati pelancong..

Salah satu masalah utama disini ialah jalan pengangkutan yang kurang baik,berbatu,berlobang dan lebih buruk lagi ketika tibanya musim hujan.Jalan raya licin,merbahaya dan kelihatan seperti sungai yang membimbangkan kenderaan kecil.

Mengikut sumber,kerajaan telah berjanji menaik taraf jalan pengangkutan menuju kekawasan ini tapi sehingga kini usaha dan janji itu belum kelihatan menyababkan timbul pelbagai reaksi negatif terhadap kerajaan oleh masyarakat kampong di sekitar kawasan ini.

"kami sudah lama menantikan pembangunan dan mengharapkan kerajaan prihatin secara serius kekawasan ini.Sekiranya kerajaan membangun kawasan pelancongan di sini ekonomi rakyat disini juga akan berubah"jelas seorang penduduk dikawasan ini..

Monday, 9 August 2010

Semangat Rakyat Membara

Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya
Parti Keadilan Cabang P.169 Kota Belud





Pemimpin dan pengerak jentera pilihanraya cabang sedang memperhatikan orgenisasi pelancaran jentera.







Acara penyerahan borang keahlian parti oleh Saudara Ukoh Melanjad dari upko kepada Yb.Ahmad Thamrin Hj.Jaini pengerusi Majlis pimpinan negeri Sabah








Barisan Pemimpin dan calon pilihanraya yang telah mengerakkan majlis pelancaran jentera pilihanraya.










Sebahagian daripada masyarakat kota belud yang menyertai ceramah yang dihadiri hampir 300 0rang..









Ceremah bersemangat untuk hak rakyat oleh Datuk Kalakau Untol