Baru-baru ini saya telah memantau projek jalan raya Tampasuk-Losou podi yang baru beberapa bulan siap dibina oleh kontrektor yang dipilih oleh kerajaan.Mulai dari kg.Bangkahak hingga ke Losou Podi,sepanjang jalanraya banyak tahi lembu,jalan rosak dan berlobang yang sangat menganggu perjalanan.Sesekali hampir mengalami kemalangan apabila mencuba menekan brek kereta secara mengejut.Beberapa orang yang juga turut melelui jalan ini setiap hari marah dan menyuarakan kekesalan dengan keadaan jalan di sini.Adakah kerajaan menunggu untuk bertindak tatakala berlakunya kemalangan disini..Ada segelintir masyarakat yang melalui jalan ini mendakwa Projek JalanRaya ini Hadiah Untuk Tahi Lembu.
Untuk membaiki keadaan ini,kerajaan perlu membina pagar sepanjang jalanraya dikawasan ini,dan ini bukan saja menguntungkan pengguna jalanraya tapi menghalang orang memasuki kawasan latihan tentera. Sebarang kemungkinan akan berlaku sekiranya tiada tindakan agresif dari kerajaan untuk menyelasaikan masalah ini.
No comments:
Post a Comment