Wednesday 2 January 2013

Perkasa Sabah Memalukan Rakyat Sabah




" Kita sedar Sabah merupakan negeri simpanan tetap bagi BN dan kita tidak mahu simpanan tetap ini akan cair..."

Ketua Wira Perkasa Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Tatatertib dan Disiplin Perkasa Sabah Abdul Hamid Harun memberikan kenyataan yang boleh menaikkan kemarahan rakyat sabah.

Beliau seakan-akan tidak tahu langsung berkenaan situasi dan aspirasi rakyat Sabah dan masih juga mengekalkan budaya barisan nasional memperbodohkan rakyat sabah dengan kenyataan beliau hari ini..( Daily Expres,Khamis 3 Januari,2013 ).

Usul Perkasa Sabah...

 1. Mengembalikan dan memberi semula Sijil Amanah Saham Sabah kepada rakyat Sabah.

2. Memperbanyakkan sekolah vokasional dan memberikan peruntukan tambahan kepada pelajar yang kurang berkemampuan.

 3. Mencadangkan sebahagian daripada hasil royaliti petroleum yang diperolehi oleh Kerajaan negeri Sabah digunakan untuk memberi bantuan pendidikan kepada anak-anak tempatan Sabah yang tidak berkemampuan.

Dari pada usul perkasa ini seakan-akan  ia hanya cuba menutup maklumat kelemahan barisan nasional yang sudah dikenali oleh rakyat sebagai pemerintah yang banyak rasuah dan gagal menyelasaikan masalah Pendatang tanpa Izin (PTI) di Negeri ini.

Barisan nasional dan perkasa sepatutnya sedar dengan memperhatikan dengan saksama aspirasi,perasaan dan sensitiviti rakyat sabah yang sudah sekian lama marah dengan gelaran " NEGERI DEPOSOT BARISAN NASIONAL"..

Jika Perkasa dan Barisan nasioinal ikhlas membangunkan rakyat dan Negeri Sabah khususnya segala yang disyorkan ini sepatutnya dikekalkan seperti "Sijil Amanah Saham Sabah" .

Cadangan untuk menggunakan sebahagian daripada hasil royliti minyak untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan seperti yang dinyatakan tidak memperlihatkan perubahan kepada kenaikan hasil royliti yang akan diperolehi oleh rakyat dan Negeri Sabah.

Ini bermakna jika barisan nasional kekal memerintah disabah, hak yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Sabah tiada sebarang perubahan..



No comments:

Post a Comment