
Rakyat sabah masih mempersoalkan hubungan antara SAPP dan PKR yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pertandingan merebut kerusi perlimen Batu Sapi menentang calon barisan nasional pada 4 November ini.
Kegagalan rundingan bersama pada 21 oktober yang lalu memungkinkan timbulnya pertandingan 3 penjuru antara bn yang diwakili oleh calon PBS,PKR dan SAPP..
Walaubagaimanapun mengikut maklumat yang tidak rasmi,ada kemungkinan PKR dan SAPP akan membuat satu kata sepakat hari ini kerana suara dan harapan dari rakyat sabah keseluruhannya amat kuat mengharapkan barisan nasional tumbang dalam pilihanraya ini.
Ini kerana kedua-dua parti politik ini tidak puas hati dengan dasar-dasar bn selama ini yang tidak mengikut perubahan semasa yang di tuntut oleh rakyat malaysia.
Rakyat sabah mengharapkan hubungan antara SAPP dan PKR akan dapat satu kata kesepakatan secapat mungkin kerana kedua-dua parti ini lebih agresif kepada pembelaan masyarakat sabah.
Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu,yang membolehkan pilihanraya kecil perlimen Batu Sapi diadakan pada awal bulan november ini.
No comments:
Post a Comment