
Sebagai sebuah negara yang berdaulat, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku. Isu ini seakan-akan seperti dalam filem " MISSION IMPOSIBLE 111 ".Dimana perkembangan teknologi yang canggih dan mencabar, wajah seseorang boleh diciplak demi mencapai sesuatu yang diinginkan.
Jika difikirkan secara halus,konspirasi politik seperti ini tidak akan menjatuhkan sokongan rakyat kepada pakatan rakyat bahkan membentuk fikiran rakyat kearah kepercayaan lebih kepada Datuk Sri Anuar Ibrahim mengenai kes lewatnya yang digambarkan semakin lemah.
Disini terdapat peberapa persoalan rakyat mengenai kes lewat ketua pembangkang bagi menyokong kenyataan ini.
1. Adakah kes lewat Datuk Sri Anuar Ibrahim ini satu konspirasi atau tidak?
2. Adakah kes lewat beliau dilakukan dengan sewenang-wenangnya seperti kes video lucah?
3. Kenapa Isu ini timbul tatakala hampir musim pilihanraya Sarawak dan pilihanraya umum?
4. Kenapa beliau diarah menyerahkan DNA pada musim ini?
5. Kenapa saiful boleh bertahan dengan kes ini sehingga kini sedangkan dia hanya bekas pekerja bawahan Anuar?
6. Kenapa ada NGO mendesak anuar menyerahkan DNA? Siapakah dibelakang mereka?atau cuma kebetulan?
Persoalan rakyat ini memungkinkan sokongan rakyat meningkat terhadap ketua pembangkang kerana ramai rakyat merumuskan kes video lucah ini sebagai satu konspirasi semata-mata.
No comments:
Post a Comment