Friday, 24 February 2012

PERTUBUHAN PEKEBUN KECIL GETAH(PPKGS) CABAR LEMBAGA TABUNG GETAH SABAH (LIGS) DI MAHKAMAH..


Pertubuhan Pekebun-Pekebun kecil bersatu sabah(PPKGS) yang telah ditubuhkan sejak September 2006 yang diilhamkan oleh mantan-mantan pegawai Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) telah mengambil langkah terakhir mencabar Lembaga Tabung Getah Sabah di mahkamah kerana kegagalan LIGS mengurus hal ehwal kualiti benih dan harga getah yang tidak berpatutan kepada para pekebun kecil getah di sabah..
Presidinnya Chua Men Nam berkata,” Pihak persatuan sudah lima tahun menyuarakan perkara ini tapi tiada tindakan pihak LIGS dan pihak berkenaan.Kita seperti anjing yang menyalak tanpa gigi..”kata beliau selamba..

Pengiraan Harga Getah Mentah

Asas Pengiraan:

1) Harga SMR 20 (Getah Ketul)
2) Kos: Memproses/pengangkutan/pentadbiran Cess: RM 1.60 sekilo (oleh LIGS)
3) % kandungan getah kering (KGK
)

Kepingan Getah

• Mengikut spekfikasi tidak melebihi ½ inci tebal dan telah tersedai kira-kira 7-10 hari (KGK80%)

Pengiraan harga kepingan getah seperti berikut:

Bila SMR 20 = RM 13.50 sekilo ( Harga berbeza tiap hari)
• Harga getah kepingan haruslah demikian:

RM 13.50 x 80% = RM10.80
Tolak kos +++ = RM 1.60
= RM 9.20 (selelah ditolak)

Bila harga getah kepingan yang dipaparkan hanya RM 7.10 sekilo (mengikut harga hari tersebut)
Pekebun-pekebun kecil mengalami kerugian lebih kurang RM 2.10 sekilo (mengikut kiraan diatas)
Jika perkara sedemikian berterusan,anggaran kerugian pekebuhn-pekebun kecil getah sabah dalam satu tahun lebih kurang 90-100 juta.

Pesanan beliau ,”perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana merugikan para pekebun kecil getah di sabah.Sepatutnya perbicaraan di mahkamah berlangsung pada hari isnin ini bersamaan 27hb.Feb 2012 di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu tapi di tunda pada tarikh yang akan ditentukan kemudian..Harapan saya kepada seluruh pekebun –pekebun kecil di seluruh sabah lebih progresif,berdikari ,bersatu-padu dan turut serta menghadiri dan menyokong kita dalam perbicaraan ini apabila tiba waktunya”.

http://sabahrubbersmallholders.org/

Wednesday, 15 June 2011

BUKU JINGGA lawan 1 MALAYSIA



Persaingan untuk menguasai pengaruh politik di malaysia oleh parti pemerintah dan parti pembangkang tidak dapat dinafikan memberi kesan yang amat mendalam dalam kontek naluri dan citarasa rakyat malaysia.

Buku Jingga yang boleh dikatakan idea bernas Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan,pembetulan dan keadilan menyeluruh kepada seluruh Warga malaysia adalah idea yang baru pemangkin atas ketidakbetulan sistem pemerintah malaysia ketika ini.

Pakatan rakyat mengakui idea ini lebih realiti dan seimbang sesuai dengan kemahuan rakyat malaysia bahkan kemahuan oleh setiap makhluk bernama manusia dipelusuk dunia ketika ini..namun keinginan dan tuntutan oleh masyarakat dunia ini tidak diterima oleh pemerintah mereka lantas berlakunya banyak rusuhan dan pertentangan menyebabkan banyak kemusnahan dan kematian.

Rata-rata masyarakat malaysia mengiplikasikan idea Pakatan rakyat amat releven dilaksanakan dan semakin diterima oleh pelbagai bangsa tanpa mengira bangsa dan agama..



Manakala 1 Malaysia (Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan) yang dimartabatkan oleh kerajaan malaysia mendapat sambutan yang baik pada sudut yang lain dan sebaliknya..Pelbagai pro dan kontra dengan idea ini.
Bagi pihak kerajaan,idea ini bertujuan memertabat dan memperkuatkan lagi hubungan dan kekuatan bangsa malaysia.Pelbagai progrem dan projek telah dilaksanakan untuk mencapai hasrat ini seperti laporan media,perhimpunan,pertubuhan dan pembinaan klinik 1 malaysia dan banyak lagi..

Bagi warga malaysia yang rata-rata pernah ditemui.Mereka mengakui dan mengukirkan senyuman sinis apabila orang memperkatakan satu malaysia..apabila di tanya mereka hanya menjawab "Hanya politik..kami tidak jelas dengan maksudnya".Ramai masyarakat malaysia masih tidak menerima idea 1 malaysia dengan pelbagai alasan yang munasabah.

Bagi mereka pengaruh dalam persekitaran seperti,harga barang,jenayah rasuah,laporan kes sex dalam media,Pendatang tanpa izin,isu tanah,penyelewengan ,ketidakadilan dan banyak lagi lebih jelas bagi mereka berbanding 1 malaysia yang diwar-warkan oleh kerajaan..

Kesimpulannya, pertentangan idea politik yang dibawah oleh kedua-dua aliran politik yang berbeza ini,membawa mesej kearah pemikiran yang lebih matang dan agresif seluruh warga malaysia dalam menimba perubahan yang sebenar pada pilihanraya akan datang.

Tuesday, 22 March 2011

Isu Video Lucah Melibatkan Ketua Pembangkang

Penyebaran video lucah yang melibatkan ketua pembangkang Datuk Sri Anuar Ibrahim mengambarkan terdapatnya konspirasi politik yang didalangi oleh kerajaan seperti yang didakwa oleh beliau.Pemimpin Pas Hadi Awang menyokong kenyataan ini dan mengangap penyebaran isu lucah ini sebagai amalan politik kotor.Ini sekaligus membangkitkan semangat penyokong dan rakyat malaysia menyokong pakatan rakyat kesan daripada kelemahan dan ketidakadilan pentadbiran negara.

Sebagai sebuah negara yang berdaulat, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku. Isu ini seakan-akan seperti dalam filem " MISSION IMPOSIBLE 111 ".Dimana perkembangan teknologi yang canggih dan mencabar, wajah seseorang boleh diciplak demi mencapai sesuatu yang diinginkan.

Jika difikirkan secara halus,konspirasi politik seperti ini tidak akan menjatuhkan sokongan rakyat kepada pakatan rakyat bahkan membentuk fikiran rakyat kearah kepercayaan lebih kepada Datuk Sri Anuar Ibrahim mengenai kes lewatnya yang digambarkan semakin lemah.

Disini terdapat peberapa persoalan rakyat mengenai kes lewat ketua pembangkang bagi menyokong kenyataan ini.
1. Adakah kes lewat Datuk Sri Anuar Ibrahim ini satu konspirasi atau tidak?
2. Adakah kes lewat beliau dilakukan dengan sewenang-wenangnya seperti kes video lucah?
3. Kenapa Isu ini timbul tatakala hampir musim pilihanraya Sarawak dan pilihanraya umum?
4. Kenapa beliau diarah menyerahkan DNA pada musim ini?
5. Kenapa saiful boleh bertahan dengan kes ini sehingga kini sedangkan dia hanya bekas pekerja bawahan Anuar?
6. Kenapa ada NGO mendesak anuar menyerahkan DNA? Siapakah dibelakang mereka?atau cuma kebetulan?

Persoalan rakyat ini memungkinkan sokongan rakyat meningkat terhadap ketua pembangkang kerana ramai rakyat merumuskan kes video lucah ini sebagai satu konspirasi semata-mata.

Sunday, 9 January 2011

Masyarakat Kesal Jalanraya Bertambah Teruk

Masyarakat di lima buah kampong di Kota Belud iaitu Kg.Togudon,Kg Nahaba,Kg.Talungan,Kg.Torintidon dan Kg.Sayap menyuarakan kekesalan kerana jalan raya masih di tahap lama dan semakin teruk..Banyak kenderaan turut tersangkut dan mengalami kerusakan...

















Inilah foto-foto keadaan jalan raya di sini yang amat memerlukan perubahan dan perhatian dari pihak kerajaan..Persoalannya disini,Kenapa jalanraya ini masih terbiar hingga sekarang?Sedangkan jalan ini merupakan jalanraya utama ke kawasan pelancongan Sayap?..







Kesimpulannya,jalanraya di kawasan disini masih terbiar dan perlu di beri perhatian oleh pihak berkenaan dan memperbaikinya secepat yang mungkin demi keselesaan masyarakat disini.

Thursday, 11 November 2010

Projek Jalanraya Untuk Tahi Lembu?

Kalau dilihat dari kaca mata masyarakat malaysia secara umum,kota belud sudah terkenal sebagai satu daerah yang kaya dengan lembu liar yang berjalan kesana kemari.Apa tidaknya tahi lembu bertempiaran dijalanraya dan seperti tiada tindakan langsung dari pihak berkenaan untuk mengawal keadaan ini.Apakah ini yang digambarkan oleh sebahagian ahli politik sebagai keunikan kota belud?

Baru-baru ini saya telah memantau projek jalan raya Tampasuk-Losou podi yang baru beberapa bulan siap dibina oleh kontrektor yang dipilih oleh kerajaan.Mulai dari kg.Bangkahak hingga ke Losou Podi,sepanjang jalanraya banyak tahi lembu,jalan rosak dan berlobang yang sangat menganggu perjalanan.Sesekali hampir mengalami kemalangan apabila mencuba menekan brek kereta secara mengejut.Beberapa orang yang juga turut melelui jalan ini setiap hari marah dan menyuarakan kekesalan dengan keadaan jalan di sini.Adakah kerajaan menunggu untuk bertindak tatakala berlakunya kemalangan disini..Ada segelintir masyarakat yang melalui jalan ini mendakwa Projek JalanRaya ini Hadiah Untuk Tahi Lembu.

Sepatutnya sesuatu projek yang dilaksanakan mestilah rapi terancang dan tidak mengabaikan penglibatan pelbagai pihak jabatan yang berkaitan.Adakah projek jalanraya ini terancang?atau ini sekadar projek terdesak untuk kepentingan golongan tertentu dengan menggunakan nama pembangunan untuk rakyat?.Kemanakah fungsi dan prestasi jabatan haiwan untuk mengendalikan pengurusan ternakan di daerah ini?,atau adakah pembinaan projek jalanraya ini tidak melibatkan jabatan berkenaan?.

Untuk membaiki keadaan ini,kerajaan perlu membina pagar sepanjang jalanraya dikawasan ini,dan ini bukan saja menguntungkan pengguna jalanraya tapi menghalang orang memasuki kawasan latihan tentera. Sebarang kemungkinan akan berlaku sekiranya tiada tindakan agresif dari kerajaan untuk menyelasaikan masalah ini.

Saturday, 23 October 2010

Pilihanraya Batu Sapi: SAPP Atau PKR?


Rakyat sabah masih mempersoalkan hubungan antara SAPP dan PKR yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pertandingan merebut kerusi perlimen Batu Sapi menentang calon barisan nasional pada 4 November ini.

Kegagalan rundingan bersama pada 21 oktober yang lalu memungkinkan timbulnya pertandingan 3 penjuru antara bn yang diwakili oleh calon PBS,PKR dan SAPP..

Walaubagaimanapun mengikut maklumat yang tidak rasmi,ada kemungkinan PKR dan SAPP akan membuat satu kata sepakat hari ini kerana suara dan harapan dari rakyat sabah keseluruhannya amat kuat mengharapkan barisan nasional tumbang dalam pilihanraya ini.

Ini kerana kedua-dua parti politik ini tidak puas hati dengan dasar-dasar bn selama ini yang tidak mengikut perubahan semasa yang di tuntut oleh rakyat malaysia.

Rakyat sabah mengharapkan hubungan antara SAPP dan PKR akan dapat satu kata kesepakatan secapat mungkin kerana kedua-dua parti ini lebih agresif kepada pembelaan masyarakat sabah.

Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu,yang membolehkan pilihanraya kecil perlimen Batu Sapi diadakan pada awal bulan november ini.

Tuesday, 12 October 2010

Sentuhan Hati oleh Datuk Zaid Ibrahim


Ketika berlangsungnya acara majlis pimpinan PKR pusat bersama rakyat di kota belud,terdapat 5 perkara penting yang telah beliau sentuh sebagai taklimat kepada pemimpin,ahli parti dan rakyat keseluruhanya.


Pertama,

" Orang yang menawarkan diri menjadi pemimpin rakyat mestilah ada sifat dan sikap hormat menghormati antara satu sama lain dalam parti.Mereka yang bertanding dalam jawatan parti mestilah friendly dan menghormati lawan dalam parti.. "

Kedua,

"Kita tidak boleh mengatakan parti kita demokratik sekiranya kita tidak menerima kekalahan kerana rakyat dapat menilai perjuangan pemimpin samada perjuangan mereka berdasarkan kepentingan peribadi atau parti dan rakyat.."

Ketiga,

" Sabah adalah salah satu negeri dimana PKR paling kuat di malaysia.. kepimpinan dan ahli parti jangan sia-siakan perjuangan yang diharapkan oleh rakyat kerana keadilan adalah untuk keadilan rakyat.."

Keempat,

" Saya tahu dan melihat Sabah banyak masalah seperti pembangunan,isu tanah adat,pendatang tanpa izin dan banyak lagi..Kita pihak PKR amat komited memperjuangkan hak ini kepada sabah demi keadilan.."

Kelima,

" Salah satu pesanan penting dari saya kepada pemimpin,ahli-ahli parti dan rakyat,saya mahu melihat perubahan sebenar dan perubahan itu bermula dari rakyat iaitu semangat mahukan perubahan menyeluruh,dinamik dan memiliki keberanian berasaskan perkara tertentu.."

Salam Reformasi " Lawan Tetap Lawan "