Wednesday 15 June 2011

BUKU JINGGA lawan 1 MALAYSIA



Persaingan untuk menguasai pengaruh politik di malaysia oleh parti pemerintah dan parti pembangkang tidak dapat dinafikan memberi kesan yang amat mendalam dalam kontek naluri dan citarasa rakyat malaysia.

Buku Jingga yang boleh dikatakan idea bernas Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan,pembetulan dan keadilan menyeluruh kepada seluruh Warga malaysia adalah idea yang baru pemangkin atas ketidakbetulan sistem pemerintah malaysia ketika ini.

Pakatan rakyat mengakui idea ini lebih realiti dan seimbang sesuai dengan kemahuan rakyat malaysia bahkan kemahuan oleh setiap makhluk bernama manusia dipelusuk dunia ketika ini..namun keinginan dan tuntutan oleh masyarakat dunia ini tidak diterima oleh pemerintah mereka lantas berlakunya banyak rusuhan dan pertentangan menyebabkan banyak kemusnahan dan kematian.

Rata-rata masyarakat malaysia mengiplikasikan idea Pakatan rakyat amat releven dilaksanakan dan semakin diterima oleh pelbagai bangsa tanpa mengira bangsa dan agama..



Manakala 1 Malaysia (Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan) yang dimartabatkan oleh kerajaan malaysia mendapat sambutan yang baik pada sudut yang lain dan sebaliknya..Pelbagai pro dan kontra dengan idea ini.
Bagi pihak kerajaan,idea ini bertujuan memertabat dan memperkuatkan lagi hubungan dan kekuatan bangsa malaysia.Pelbagai progrem dan projek telah dilaksanakan untuk mencapai hasrat ini seperti laporan media,perhimpunan,pertubuhan dan pembinaan klinik 1 malaysia dan banyak lagi..

Bagi warga malaysia yang rata-rata pernah ditemui.Mereka mengakui dan mengukirkan senyuman sinis apabila orang memperkatakan satu malaysia..apabila di tanya mereka hanya menjawab "Hanya politik..kami tidak jelas dengan maksudnya".Ramai masyarakat malaysia masih tidak menerima idea 1 malaysia dengan pelbagai alasan yang munasabah.

Bagi mereka pengaruh dalam persekitaran seperti,harga barang,jenayah rasuah,laporan kes sex dalam media,Pendatang tanpa izin,isu tanah,penyelewengan ,ketidakadilan dan banyak lagi lebih jelas bagi mereka berbanding 1 malaysia yang diwar-warkan oleh kerajaan..

Kesimpulannya, pertentangan idea politik yang dibawah oleh kedua-dua aliran politik yang berbeza ini,membawa mesej kearah pemikiran yang lebih matang dan agresif seluruh warga malaysia dalam menimba perubahan yang sebenar pada pilihanraya akan datang.

No comments:

Post a Comment