Friday 24 February 2012

PERTUBUHAN PEKEBUN KECIL GETAH(PPKGS) CABAR LEMBAGA TABUNG GETAH SABAH (LIGS) DI MAHKAMAH..


Pertubuhan Pekebun-Pekebun kecil bersatu sabah(PPKGS) yang telah ditubuhkan sejak September 2006 yang diilhamkan oleh mantan-mantan pegawai Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) telah mengambil langkah terakhir mencabar Lembaga Tabung Getah Sabah di mahkamah kerana kegagalan LIGS mengurus hal ehwal kualiti benih dan harga getah yang tidak berpatutan kepada para pekebun kecil getah di sabah..
Presidinnya Chua Men Nam berkata,” Pihak persatuan sudah lima tahun menyuarakan perkara ini tapi tiada tindakan pihak LIGS dan pihak berkenaan.Kita seperti anjing yang menyalak tanpa gigi..”kata beliau selamba..

Pengiraan Harga Getah Mentah

Asas Pengiraan:

1) Harga SMR 20 (Getah Ketul)
2) Kos: Memproses/pengangkutan/pentadbiran Cess: RM 1.60 sekilo (oleh LIGS)
3) % kandungan getah kering (KGK
)

Kepingan Getah

• Mengikut spekfikasi tidak melebihi ½ inci tebal dan telah tersedai kira-kira 7-10 hari (KGK80%)

Pengiraan harga kepingan getah seperti berikut:

Bila SMR 20 = RM 13.50 sekilo ( Harga berbeza tiap hari)
• Harga getah kepingan haruslah demikian:

RM 13.50 x 80% = RM10.80
Tolak kos +++ = RM 1.60
= RM 9.20 (selelah ditolak)

Bila harga getah kepingan yang dipaparkan hanya RM 7.10 sekilo (mengikut harga hari tersebut)
Pekebun-pekebun kecil mengalami kerugian lebih kurang RM 2.10 sekilo (mengikut kiraan diatas)
Jika perkara sedemikian berterusan,anggaran kerugian pekebuhn-pekebun kecil getah sabah dalam satu tahun lebih kurang 90-100 juta.

Pesanan beliau ,”perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana merugikan para pekebun kecil getah di sabah.Sepatutnya perbicaraan di mahkamah berlangsung pada hari isnin ini bersamaan 27hb.Feb 2012 di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu tapi di tunda pada tarikh yang akan ditentukan kemudian..Harapan saya kepada seluruh pekebun –pekebun kecil di seluruh sabah lebih progresif,berdikari ,bersatu-padu dan turut serta menghadiri dan menyokong kita dalam perbicaraan ini apabila tiba waktunya”.

http://sabahrubbersmallholders.org/

No comments:

Post a Comment