Tuesday 26 March 2013

Individu Dari Sabah: Terlibat Menghantar wang kepada Militan Filipina



Pihak berkuasa Malaysia selasa lalu mendakwa ada individu-individu tertentu dari Sabah yang terlibat dalam penyaluran bantuan kewangan kepada militant Filipina.

Dimanakah tahap kebenarannya?  Portal berita ABS CBNnews.com  telah melaporkan kenyataan Timbalan Ketua Polis Malaysia,Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini mengatakan “ beberapa individu dari Sandakan dan Semporna berada dalam pengawasan dan akan ditangkap kerana  pengkhianatan menghantar wang kepada militant Filipina.

Mereka yang terlibat ini akan dikenakan tindakan undang-undang  hukuman  Mati dan penjara seumur hidup sekiranya di dapati bersalah.

Mengikut portal itu lagi (Rasmi dari Polis Malaysia), Kira-kira ada seramai 429 orang yang telah disyaki terlibat menyertai dan bekerjasama menyokong tindakan Raja Muda Agbimuddin Kiram,iaitu   abang Gadungan Sulu Sultan Jamalul Kiram III yang dilaporkan terkorban di Semporna, Sabah selepas ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia ,untuk menuntut hak mereka keatas Sabah.

Pihak berkuasa Malaysia telah memfailkan caj terhadap 8 warga Filipina yang terlibat membantu pengkhianat dalam serangan penceroboh di Lahad Datu.

No comments:

Post a Comment