Sunday 18 March 2012

Projek Jalan Raya? atau Rakyat Ditipu?


Ramai orang menyangka projek pembinaan jalan raya di kawasan jalan sayap yang baru saja diletakkan papan tanda JKR akan dilaksanakan adalah dianggap satu pembohongan kepada warga di lima buah kampung,kg.Nahaba,Kg Togudon,Kg Talungan,Kg.Tarintidon dan Kg.Sayap

Mesyarakat di sini sudah lali dan tidak mempercayai projek ini dilaksanakan kerana berdasarkan hal yang sama pernah berlaku sebelum pilihanraya 2008 yang lalu,tanda seperti ini jelas tidak dilaksanakan,Cuma bezanya kali ini tiada jentera diletakkan di tempat papan tanda ini didirikan..Kenapa papan tanda ini diletakkan ketika hampir pilihan raya?

Mengikut perancangan,projek ini akan dilaksanakan hari ini 19hb.Mac 2012 oleh Damaiwasa Sdn Bhd tapi belum ada tanda-tanda pengaspalan jalan raya ini dilaksanakan cuma tarikh perlaksanaan ditanggalkan.Masyarakat berhampiran yang sudah lama haus akan pembangunan dikawasan ini marasa marah kerana projek ini tidak dilaksanakan dengan waktu yang tepat lantas membuka dan memotong kaki papan tanda ini.Siapa yang melakukannya?.. Siapakah yang patut dipersalahkan..?


Sepatutnya,masyarakat disini tidak terlalu gairah untuk memaksa projek ini dilaksanakan secara mendadak..Kegairahan yang penuh dengan ketaksuban terhadap keinginan perubahan membuatkan kita hilang sabar dan hormat kepada pihak berkenaan dan kerajaan..

Pihak yang bertanggung jawab dalam projek ini juga sepatutnya perlu sedar masyarakat di lima buah kampong ini sudah tertanam bibit kemarahan berkenaan penipuan yang pernah berlaku sebelum ini..Jika pihak JKR dan Kontrektor tahu dan sedar akan hal ini sudah tentu mereka memikirkan cara tersusun dan terbaik bagaimana untuk melaksanakannya.



Jika projek ini tidak dapat dilaksanakan pada masa dan tarikh yang ditetapkan,tidak salah pihak berkenaan atau JKR memberi sebarang notis sebelum tarikh perlaksanaan bermula supaya masyarakat tidak merasa tertekan dan tertipu dengan projek Fasa3 ini..


Kesimpulannya tanpa persefahaman disertai pelaksanaan maklumat yang tepat akan memberi
kesan yang merugikan semua pihak.

No comments:

Post a Comment