Tuesday 31 August 2010

Jalan Kawasan Pelancongan Terbiar



Taman pelancongan Sayap yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pekan kota belud adalah salah satu taman pelancongan yang sungguh menarik dan berpotensi sebagai modal ekonomi sekiranya diusahakan dan dimajukan oleh kerajaan.

Ini kerana ia memiliki ciri-ciri persamaan dengan Taman Kinabalu di kundasang dari segi keadaan cuaca dan tumbuh-tumbuhan yang menarik.Malangnya tempat ini tidak diberi perhatian oleh kerajaan menyababkan ia terbiar dan tidak dilawati pelancong..

Salah satu masalah utama disini ialah jalan pengangkutan yang kurang baik,berbatu,berlobang dan lebih buruk lagi ketika tibanya musim hujan.Jalan raya licin,merbahaya dan kelihatan seperti sungai yang membimbangkan kenderaan kecil.

Mengikut sumber,kerajaan telah berjanji menaik taraf jalan pengangkutan menuju kekawasan ini tapi sehingga kini usaha dan janji itu belum kelihatan menyababkan timbul pelbagai reaksi negatif terhadap kerajaan oleh masyarakat kampong di sekitar kawasan ini.

"kami sudah lama menantikan pembangunan dan mengharapkan kerajaan prihatin secara serius kekawasan ini.Sekiranya kerajaan membangun kawasan pelancongan di sini ekonomi rakyat disini juga akan berubah"jelas seorang penduduk dikawasan ini..

No comments:

Post a Comment