Tuesday 12 October 2010

Sentuhan Hati oleh Datuk Zaid Ibrahim


Ketika berlangsungnya acara majlis pimpinan PKR pusat bersama rakyat di kota belud,terdapat 5 perkara penting yang telah beliau sentuh sebagai taklimat kepada pemimpin,ahli parti dan rakyat keseluruhanya.


Pertama,

" Orang yang menawarkan diri menjadi pemimpin rakyat mestilah ada sifat dan sikap hormat menghormati antara satu sama lain dalam parti.Mereka yang bertanding dalam jawatan parti mestilah friendly dan menghormati lawan dalam parti.. "

Kedua,

"Kita tidak boleh mengatakan parti kita demokratik sekiranya kita tidak menerima kekalahan kerana rakyat dapat menilai perjuangan pemimpin samada perjuangan mereka berdasarkan kepentingan peribadi atau parti dan rakyat.."

Ketiga,

" Sabah adalah salah satu negeri dimana PKR paling kuat di malaysia.. kepimpinan dan ahli parti jangan sia-siakan perjuangan yang diharapkan oleh rakyat kerana keadilan adalah untuk keadilan rakyat.."

Keempat,

" Saya tahu dan melihat Sabah banyak masalah seperti pembangunan,isu tanah adat,pendatang tanpa izin dan banyak lagi..Kita pihak PKR amat komited memperjuangkan hak ini kepada sabah demi keadilan.."

Kelima,

" Salah satu pesanan penting dari saya kepada pemimpin,ahli-ahli parti dan rakyat,saya mahu melihat perubahan sebenar dan perubahan itu bermula dari rakyat iaitu semangat mahukan perubahan menyeluruh,dinamik dan memiliki keberanian berasaskan perkara tertentu.."

Salam Reformasi " Lawan Tetap Lawan "

No comments:

Post a Comment