Semua ahli-ahli dalam Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat diingatkan supaya lebih melihat ke depan dengan tidak mengabaikan dasar prihatin kepada rakyat secara umum kerana ia akan memberi kesan negetif dari sudut pandangan rakyat bahawa PKR sama seperti parti-parti lain dalam Barisan Nasional.
Menurut maklumat secara risikan,banyak ahli-ahli parti dalam BN memohon menyertai PKR dan tidak kurang pula ahli baru yang memohon jadi ahli.Justru itu,sempena pemilihan AJK Bahagian,Wanita dan Angkatan Muda PKR P169 Kota Belud,di minta supaya memberi perhatian serius dan bertanggungjawab terhadap parti,ahli serta rakyat keseluruhannya.
" Jangan biarkan permohonan keahlian parti dianggap remeh seperti yang berlaku baru-baru ini yang menyebabkan banyak komen negetif dari pemohon keahlian terhadap PKR di kawasan kota belud yang kemudiannya kurang ahli yang dapat dicadangkan dan mengundi dalam pemilihan pucuk pimpinan parti."
Ahli-ahli dari parti lain yang menyertai Pakatan Rakyat juga diminta supaya belajar menghormati dasar parti dan tidak membawa dasar-dasar parti lama.. "Elakkan politik berkelompok dan politik wang yang boleh melemahkan repotasi Pakatan Rakyat"
Pucuk pimpinan parti yang akan terpilih nanti diharap berkerja bersungguh-sungguh terhadap parti dan sedia menerima serta memahami perubahan yang diinginkan oleh rakyat dari hati ke hati..."Kami mahu perubahan sebenar bukan sekadar menumpang nama perubahan dalam isu Politik".
No comments:
Post a Comment