Saturday, 31 July 2010

Tuntutan Keperluan Air Bersih


" Tanpa air tiada dunia"..itulah terjemahan betapa pentingnya keperluan air kepada setiap makhluk didunia ini.Dalam air bukan sahaja ada mineral dan bakteria yang boleh memberikan kesihatan tetapi terdapat juga bakteria yang boleh membawa penyakit yang merbahaya termasuklah pembiakan nyamuk ades.

Gambar diatas menunjukkan salah satu telaga air di kampong Nahaba dan kampong Togudon kota belud sebagai bakalan air minum dan rata-rata masyarakat di sini bergantung kepada air telaga untuk keperluan harian dan sebahagiannya air sungai.

Berdasarkan sajarah di kampong ini,kerajaan pernah memberi bantuan bakalan air melalui pembinaan paip air(besi)tetapi bekalan air tidak berkekalan kerana masalah tadahan air dan apa yang membimbangkan air paip tercamar dengan kerat pada batang air paip.

Usaha kerajaan bukan setekat berhenti di situ tetapi beberapa kali memberikan bantuan pembaikan termasuklah pengantian batang air paip namun masih gagal kerana hubungan pengurusan yang tidak cekap dan sistematik antara kepimpinan kampong dan wakil rakyat di kawasan ini. Masyarakat disini kesal dengan masalah ini kerana tidak diberi perhatian sepenuhnya oleh kerajaan.Penduduk di sini mengangap segala usaha selama ini adalah sia-sia dan pembaziran uang saja..

" saya sangat bimbang " kesal seorang masyarakat di sini.."kini kampong ini salah satu kampong yang diletakkan oleh kementerian kesihatan sebagai kawasan merah kerana pembawa penyakit demam denggi yang merbahaya"kesal beliau.

Sedar ataupun tidak kerajaan perlu memberikan perhatian serius mengenai tuntutan masyarakat di sini.

No comments:

Post a Comment